Thursday, June 17, 2010

9 JENIS SYAITAN

Sayyidina Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun :Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin :pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah SWT.

3. A'awan : Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf :Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (seperti disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah :Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamor, dsb.

6. Masuud : Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang bermula dari kata-kata.

7. Daasim : Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi). Oleh itu, berilah salam sebelum masuk ke rumah.


8. Walahaan :Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus :Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © mdh
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com