Friday, April 23, 2010

Sayidatina Fatimah az-Zahra adalah satu-satunya puteri Rasulullah
s.a.w yang menghasilkan zuriat untuk meneruskan kesinambungan keturunan baginda.
Sayidatina Fatimah berkahwin dengan Sayidina Ali bin Abi Thalib dan
dikurniakan dua putera iaitu Hassan dan Hussein.

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w membicarakan mengenai kenikmatan
syurga dan orang-orang yang tinggal di dalamnya. Lalu baginda
ditanya oleh Fatimah, siapakah wanita pertama masuk ke syurga. Maka baginda pun menjelaskan :
“Wahai anakanda! Wanita pertama yang akan masuk ke syurga ialah
Mutiah. Dia hanyalah perempuan biasa dan kehidupannya amat sederhana.”

Mendengar kata-kata Rasulullah itu maka air muka puteri Rasulullah
itu terus berubah. Lalu dikatakan kepada ayahandanya : “Lantas,
siapakah wanita itu wahai ayahandaku? Macamana halnya dan bagaimana
amalanya sehingga dia dapat terlebih dahulu masuk ke syurga daripada
anakanda?”. Lalu Rasulullah menyarankan puterinya itu untuk
menziarahi rumah wanita tersebut yang terletak di Jabal Uhud.

Saydatina Fatimah kemudian keluar untuk mencari wanita yang
dikatakan akan masuk ke syurga terdahulu daripadanya itu. Setibanya
di rumah wanita tersebut, beliau pun mengetuk pintu rumah tersebut.
Wanita dari dalam rumah keluar sambil bertanyakan hajat
kedatanganya, tetapi tidak pula dijemput Saydatina Fatimah masuk ke dalam rumahnya.

Saydatina Fatimah menyatakan bahawa kedatangannya adalah untuk
berjumpa dan berkenalan denganya. Wanita itu menjawab : “Terima
kasih puan. Tetapi saya tidak dapat membenarkan puan masuk kerana suami saya tiada di rumah.
Nanti saya minta izin daripadanya apabila dia balik. Silalah datang
pada esok hari.”

Saydatina Fatimah pulang ke rumah dengan perasaan sedih dan hampa
kerana tidak dapat bercakap panjang dengan wanita itu. Keesokan
harinya, Saydatina Fatimah datang lagi bersama dengan anaknya Hassan.

Sebaik sahaja tiba di rumah itu, wanita dari dalam rumah tersebut
membuka pintu. Namum belum sempat Saydatina Fatimah dipersilakan
masuk, wanita tersebut terlihat anak lelaki puteri Rasulullah itu
turut ada bersama, lantas wanita tersebut melarang Fatimah untuk
menjejak masuk ke dalam rumahnya. Saydatina Fatimah menjelaskan
bahawa kanak-kanak lelaki tersebut adalah anak lelaki nya, Hassan.
Lalu wanita tersebut berkata : “Maaf puan, saya meminta izin
daripada suami saya hanya untuk puan sahaja masuk, tidak termasuk budak lelaki ini sekali.”

Saydatina Fatimah serba salah, kerana jikalau hendak pulang ke rumah
semula jauh. Hendak masuk ke rumah wanita tersebut, tidak mendapat
keizinan dari wanita tersebut. Akhirnya Saydatina Fatimah mengambil
keputusan untuk pulang ke rumah juga.

Keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang lagi dengan membawa
kedua-dua puteranya Hassan dan Hussein. Namun kehadiran Saydatina
Fatimah kali ini benar-benar membuatkan wanita itu terkejut besar
apabila mendapati ada seorang lagi budak lelaki yang belum diminta
keizinan dari suaminya untuk masuk. Saydatina Fatimah terpaksa
pulang dengan hampa untuk kali yang ketiga.

Setelah si suami pulang, wanita itu memberitahu tentang kehadiran
puteri Rasulullah bersama-sama dengan cucu baginda sekali iaitu Hassan dan Hussein.
Si suami sangat terkejut dan berkata : “Kenapa awak tidak
membenarkan mereka masuk? Bukankah Saydatina Fatimah itu puteri
Rasulullah s.a.w dan dua orang anaknya itu cucu Rasulullah?
Sepatutunya awak membenarkan ,mereka masuk, kerana keselamatan kita
berdua kelak bergantung kepada keredhaanya (Rasulullah s.a.w).
Selepas ini, jika mereka datang ke sini lagi dengan membawa apa pun
siapa pun, terimalah dengan sebaik-baiknya dan hormatilah mereka dengan sebagaimana yang patut abgi darjat mereka.”

Kemudian wanita itu menjawab : “Baiklah. Tetapi ampunkanlah
kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini
bergantung pada keredhaan awak.”

Pada keesokan harinya, Saydatina Fatimah datang semula ke rumah
tersebut dengan membawa kedua-dua anaknya. Mereka dilayan dengan
sewajarnya dan mereka memulakan perbualan. Tiada apa yang menarik
perhatian Saydatina Fatimah tentang perempuan itu. Sedang asyik
berbual-bual, tiba-tiba wanita tersebut bangun dan segera
mempresiapkan dirinya. Dengan penampilan mengghairahkan, wanita itu
berdiri di muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan
seolah-olah sedang menanti kedatangan seseorang. Di sebelah tangannya memegang tongkat dan sebelah lagi memegang segelas air minuman.
Wanita itu juga menyingsingkan kainnya dengan hujung jarinya
sehingga menampakkan betis dan sedikit pehanya beserta wajah tersenyum manis.

Wanita itu langsung tidak menghiraukan Saydatina Fatimah,
seolah-olah beliau tidak ada di dalam rumah tersebut. Fatimah berasa
kurang senang dengan perlakuan wanita itu, lantas Fatimah bertanya
kepada wanita dan inginkan penjelasan mengapa wanita tersebut
berpenampilan sebegitu. Wanita itu mnjelaskan : “Puan, maafkan saya
kerana tidak dapat melayan puan dengan sebaik-baiknya. Sebenarnya
saya sedang menunggu suami saya yang akan pulang pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.”

Lantas Saydatina Fatimah bertanya : “Apa gunanya tongkat dan air
minuman itu wahai saudari?”.”Sekiranya suami saya dahaga sebaik
sahaja sampai di rumah, saya akan segera menghulurkan minuman ini
kepadanya. Tongkat ini pula untuk memudahkan dia untuk memukul saya
sekiranya dia tidak berpuas hati terhadap layanan yang saya berikan
kepadanya.” jawab wanita itu. Saydatina Fatimah bertanya lagi :
“Kenapa pula puan menyelakkan kain sehingga menampakkan aurat? Bukankah perbuatan seperti itu haram?”

Jawab wanita itu : “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang
saya begini, tentulah menambahkan nafsu syahwatnya yang memudahkan
kepada maksudnya.” Saydatina Fatimah mendengar penjelasan dari
wanita itu dengan penuh hairan lantas berkata kepada dirinya sendiri
: "Wanita pertama yang akan masuk ke syurga adalah Mutiah. Dia
hanyalah seorang wanita biasa dan kehidupannya amat sederhana"

Fatimah pun pulang ke rumah dan terus menemui ayahandanya. Beliau
berkata
: “Anakanda berasa sungguh sedih kerana tidak dapat meniru dan
mengamalkan tingkah laku yang ayahanda ceritakan padaku.” Rasulullah
s.a.w tersenyum mendengar rintihan Saydatina Fatimah . Faham dengan
perasaan puterinya itu, baginda lantas berkata : “Anakanda,
janganlah terlalu bersusah hati. Wanita yang anakanda temui itu
ialah wanita yang bakal memimpin dan memegang tali kerendaan
tunggangan anakanda ketika masuk ke syurga. Sebab itulah dia masuk
terlebih dahulu.” Mendengar penjelasan itu barulah Saydatina Fatimah tersenyum kembali.

0 comments:

Post a Comment

 
 
Copyright © mdh
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com